Diari Yaya

Wednesday, May 25, 2011

ANGIN

Ohh angin..
kabarkan padanya betapa aku terlalu merinduinya..
suaranya..sentuhannya..belaian mesranya..
tapi adakah perkabaran itu menggembirakannya..
ataupun mendukacitakan..

kadang-kadang..
aku sendiri tidak mengerti..
perasaan ini seolah-olah menguji..
adakah aku ini benar-benar menyintai..
atau sekadar mengisi kekosongan di hati..

tapi percayalah..
kalau semua ini hanyalah omongan sahaja
takkan bisa dapat kubertahan..
menepis segala bahana dan dugaan..
sehingga jasad menjadi haba..
dek kerana bahangnya cinta..

kini baru kusedar..
cinta yang kupertahankan..hanyalah
seperti pasir di pantai..
dibawa lalu ombak yang datang..
meninggalkan sisa-sisa yang tertinggal..

adakah aku pasir yang dibawa pergi..
ataupun sisa-sisa yang terbuang?
soalan yg tidak perlu jawapannya..
kerana keduanya tidak berharga..

Namun...andai ini suratannya..
aku ingin katakan pada angin..
hembuskan semangatku ini padanya..
agar dia lebih tabah..kerana
aku akan selalu disampingnya..


P/S: dh lame xwat sajak..tetibe pg2 buta ade mood n idea..so ini la hasilnya..mgkin xsedap didgr..tp disitu ade keikhlasan..+_+




Akhirnya.....

Tuhan..berikan aku kekuatan..aku sgt2 lemah dgn ujian-Mu ini..andai dia bkn utkku..jauhkn dia dariku..jgn bg dia peluang utk lukai atiku lg..aku dh xsggup..(T_T)
Setiap kata yg keluar dr mulutnya bagaikan pedang yg menusuk..sakit..tp dia xtaw..sgt sakit..tp dia xmngerti..ati ni menjerit2 supaya hentikan segala permainan ni..tp dia terlalu buta dan pentingkn diri..berapa lama lg mahu diseksa diri ini..:(
Tuhan..aku tahu betapa sakitnya hidup berkongsi kasih..walaupn agama menggalakkn..tp aku xsggup..aku xnk mengalami naseb yg same spt ibuku..aku sgt mengerti keperitan itu..andai mgkin satu ari nnti itu adelah takdirku..biarlah aku mghambakn diri pada-Mu daripada menghidupkan amarah dan hasad dengki..pada aku hnye Nabi yg pndai brlaku adil..
Kepada dia...maafkan aku..aku xdpt menerimamu lg dlm idupku..aku doakn dirimu berbahagia dgn apa jua pilihanmu..biarlah aku membawa luka ini pergi..semoga angin akn mengeringkn tangisan ini dan menghembuskn semangat baru dlm diriku..
Ohh,Ombak datanglah padaku..bawa rindu ini pergi jauh dariku..sejauh yg boleh hingga aku tidak tahu dimana kau hempaskan rindu itu..andai bisa..satu hari nanti aku mampu tersenyum dan ketawa semula seperti sebelumnya..^_^

P/S: I LOVE YOU...9/10/06

Monday, May 23, 2011

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

P/S: just nk share...as a woman, aku mmg setuju sgt and i think lelaki shud know..=_+